Thursday, April 30, 2009

PERGI KAU MURUNG....

okk…tok…tokk….satu ketukan kedengaran…sepantasnya aku membuka…

Kau murung??? Apa kau buat kat sini lagi? Aku kan dah perlukan kau lagi! Nyahh kau dari hidup aku!!!!!!

Sekian lama kau menghimpit aku, walau dunia ni luas. Kenapa pada aku kau kembali? Kenapa pada aku jugak yang kau mahu bertenggek?

Aku tahu kau lah teman setiaku pada satu masa dulu. Aku tak pernah alpa membiarkan kau berjauhan dariku. Kau sentiasa ada menemani siang dan malamku. Ingat tak kita pernah berbaring berdua2an di tepian pandai Lido satu masa dulu menyelami perasaan masing2. sehingga ada pakcik tua yang datang menegur ‘ank ni pakcik tengok selalu duduk sorang2 kat sini, anak ada apa2 masalah ker?’

Aku hanya tersenyum sambil memberikan isyarat pada kau murung agak kau mdiamkan diri..ntah apa pulak harus aku jawab pada pakcik tu. Setelah terdiam seketika aku mulakan bicara tapi bukan tentang jawapan kepada soalannya. Tapi aku meminta agar pakcik tu bungkuskan aku sate berbola daging yang dijualnya. Aku pulak bertanya itu dan ini kat pakcik tua tu. Saja aku nak mgelak untuk mjawab tentang diriku.

Pakcik tu pun tentu dah terlalu banyak masalah dia hadapi. Kenapa aku harus bebani dia lagi..cukuplah aku memberikan dia rezeki dengan membeli satenya lagi. Sedap pulak rasanya. Kat Kedah tak jual sate2 gini. Terfikir lak aku bila dah tua2 nanti, mau aku cuba berniaga begini. Walau tak lumayan tapi cukuplah kalau mampu buat aku gembira…mengipas2 sate tanpa perlu memikirkan soal client yg banyak songehnya, fikirkan tentang idea design2 yang giler. kadang2 hampir menggiler aku dibuatnya..

Dan kau ni murung…Kenapa kau datang pada aku lagi murung? Kau masih belum menjawab pertanyaan aku lagi.. hebat sangatkah kau ni sampai mampu buat manusia yang kecewa terjangkit dengan kau. Bomoh mana yang kau pakai? Degawan ke?

Sudah lama kau bersama aku dulu murung. Kau lihat sendiri bagaimana hidup aku bertemankan kau. Aku sentiasa gagal sebab aku tak mahu mejerumuskan diri aku dengan orang lain, hanya mahu dengan kau…hanya kau murung…sampai keluarga pun aku cuba jauhi. Kau banyak mngubah aku murung. Mengubah ke arah neraka jahanam. Sakitnya aku bila bersama kau. Tak ada yang manis kau berikan padaku.

Hidup aku tak ubah seperti pengemis jalanan. Bezanya cuma aku masih cukup makan dan pakai, tapi aku lewakan semua tu. Lebih suka berserabai dan malas menguruskan diri sendiri. Dah macam org mati laki..

Sudah lah murung, kau adalah kehidupan lampau aku. Terlalu susah untuk aku membuang kau dulu. Dan tidak semudah ini aku mahu menerima kau semula. Aku dah temui teman baru walau masih samar sampai bila aku akan bersamanya. Tapi biarlah aku titipkan saat2 kebahagian ni dengan seindahnya tanpa kehadiran kau murung…

Duuummmm….!!!!! aku tutupkan pintu buat murung sekuat hati. Selagi ketat pintu itu untuk dibuka, selagi itulah aku tak mahu menerima kehadiran murung lagi…

Ps: kepada sesiapa yang sedang mengalami hidup dalam kemurungan, hentikan berfikir tentang apa yang mgecewakan. Hentikan sikap untuk tidak menerima gembira hanya kerana kecewa masa lampau. Kisah lama jadikan pengalaman dan pedoman untuk membentuk masa depan. Bentangkan sejadah, tunduklah meminta padaNYA. Jangan pernah alpa akan kewajipan kita kepadaNYA kerana DIA adalah peneman setia kita. Yang mampu menenangkan kita..disaat kita suka dan duka….mari kita berpimpin tangan menuju ke jalan ALLAH..

No comments:

Post a Comment