Thursday, April 30, 2009

AKU TERMELATAH LAK..

Aku ada satu cite lucu berkenaan dengan melatah. Salah satu kelemahan yang masih baru menjangkiti aku. Tidak laa selalu tapi kena pada tempatnya tak dapat aku nak bendung lagi. Sekali dicuit, bagai arus elektrik urat saraf menghantar msg ke minda untuk disampaikan pula pada mulut aku ni.Maklumlah tingkah laku spontan. Kalau kentot kadang2 kita boleh kawal lagi demi menjaga malu.sanggup perut kembung dek kerana malu nak melempiaskan angin yang penuh dengan bau2an tu..tapi melatah penyakit yang sukar dikawal..ia mejengah tidak kira pada lelaki atau perempuan..pada yang muda atau yang tua ganyut sekalipn..

Antara perkataan familiar yang biasa aku luahkan ‘oh mak kau’..tak ada laa melampau2 sangat sebab aku masih baru berjinak dengan penyakit ni. Ada satu haiwan kegemaran yang kadang2 tkuar gak..’oh ayam’..hehehee ntah nape ayam menjadi pilihan. Ok la tu kan daripada aku myebut ‘oh ayam goreng kentucy fried chicken’… …huhu

Sebut tentang melatah ayam ni aku baru teringat satu insiden lucu yang berlaku pada aku setahun lepas. Agak lucu bagi aku sebab aku yg melaluinya. Korang yang membaca kalau nak buat2 ketawa pn takper. Satu daripada senaman muka gak tu..

Dimulakan kisah suatu petang di Sitiawan, aku melawat tok yang sedang terlantar sakit kat wad Hospital Manjung, Lumut sebab kurang kandungan gula dalam badan. Punya la nak jaga gula last2 terlantar terketar2 aje. Aku melawat sekejap je. Setelah rasa bosan mendengar bebelan tok, aku mcuit sepupu ajak kuar ronda2 cuci mata kawasan hospital tengok2 apa yang dapat untuk cuci mata..

Sekali aku terpandang sekor kucing yang tengah menonggek baik punya nak keluarkan sisa2 hadaman di tepi jalanan. Sambil jalan2 mata aku tak lari dari fokuskan kat kucing tu. Aku nak tengok teknik2 dia membuang. Bukan untuk aku aplikasikan nanti haha..Cuma sikap aku memang suka memerhati apa saja kejadian…tapi mengintai kucing berak tak tumbuh ketumbit kan? Huhu
Berbalik pada al kisah kucing tadi, sedang elok dia melangsaikan keje tanpa segan silu dia tinggalkan sisanya kat situ. Tanpa rasa bersalahpun. Tapi yang tragisnya dia lari dgn laju meluru kat aku..berdebar aku sekejap..macam harimau yg berlari nak terkam mangsanya..tanpa ucap tumpang lalu dia lari masuk celah kangkang kaki aku dan terus berlari laju berdesup hilang..yang aku hairan dalam luas2 tempat yang ada kenapa dia memilih untuk lalu bawah aku?? Sampai membuatkan aku termelatah ‘oh ayam!’

Insiden ini tak berakhir setakat itu aje..sekali ada makcik yang agak berumur kat depan aku menyambut dengan lantangnya latahan aku..’oh babi lalu..babi lalu..babi lalu..!!!’ makcik tu menjerit seolah2 menberi amaran kebakaran jer… kuat sangat lontaran vocal tanpa sengaja tu sehingga mgawatkan keadaan kat situ.. ayam lalu kat hospital masih boleh di terima pakai, tapi kalau babi yang lalu agak2 la korang pikir sendiri la apa jadi…huhuh

No comments:

Post a Comment