Thursday, April 30, 2009

ANDAI KEMATIAN MEMANGGILKU..

Pohon akan melambaikan rimbunan daun pabila ditiup angin. Tiba waktu ia akan dibasahi hujan, disinari cahaya maka segarlah ia.

Adakah aku sesegar pohonan itu? Cukup air dan cahaya akan menetapkan aku untuk hidup lama? Sampai bila sebenarnya aku akan terus bernafas lagi untuk melihat tenggelam timbulnya mentari?

Dunia ini hanya pinjaman, aku menumpang hanya di sudut untuk satu permainan. Adakala aku kalah dan jarang sekali aku menang. Aku lebih banyak kecundang…

Senang bicaranya pabila berkata aku tidak akan hidup lama. Siapa dia nak bercakap tentang ketentuan ajal? Dia hanya manusia biasa yang ada kelulusan tentang perubatan, bukannya Tuhan.. tapi kata2nya sentiasa menghantui fikiran aku. Membuatkan aku hidup hari ini bagaikan mau mati esoknya. Bersediakah aku untuk dikafankan dan paling gerun disemadikan menjadi isi bumi.

Siapa yang mahu mati? Tapi kita tak dapat lari dari segala yang telah ditentukan ilahi. Setiap kehidupan akan ada kematian..tapi aku takut.. takut kerna belum cukup amal yang boleh dibawa untuk dihitungkan disana.. timbul sejuta penyesalan. Mengapa aku tidak bersedia lebih awal dari dulu walau aku tahu azabnya akhirat sana. Kenapa aku lalai dan alpa? Adakah kini aku dah terlambat?

Penyesalan ini begitu bermakna bagi diriku. Walaupun sisanya hanya tinggal sedikit waktu, akan aku titipkan segala inci ruang yang ada tanpa aku sia2kan lagi. Perjalanan hidup ini tidaklah panjang mana sebenarnya. Kita melihat faktor diri yang sihat.. siapa tahu rupanya kita tengah menanggung derita.. bertambah derita andainya sendiri yang tanggung tanpa sesiapa.

Seandainya blog aku ni sunyi dengan cerita2 satu waktu nanti, sedekahkanlah Al-Fatihah.. terima kasih teman sekalian..

No comments:

Post a Comment