Thursday, April 30, 2009

PAPA GULA vs PAPA KEDANA

Malam ini aku hanya berbaring berbantalkan lengan. Aku selesa begini. Bukannya tak ada bantal tapi aku tak nak kesempurnaan tu…biar ala kadar, macam hidup aku. Tapi tidaklah sampai tahap kais pagi makan petang, kais petang tak makan2..

Aku cukup dari segi wang ringgit, makan dan pakai. Tapi cukupkah untuk membeli cinta? Berapa pula harganya? Disahkan SIRIM ke tak? Huhu…

Cinta!! Tak dapat dibeli dengan wang dan harta. Benarkah begitu wahai manusia? Kalau di tanya pada aweks zaman sekarang, mau tak kawin dgn si tukang kasut? Mau digeleng2 kepalanya 360 darjah tanda dia ngak mahu sehh…lain la kalau di tanya kawin lawyer ke magistrate ke…huh kalah burung belatok dia hangguk kan kpala..hahaha

Jangan la marah wahai teman semua, Aku bercakap tentang kebenaran pancaroba dunia kita…dunia hari ini berbanding semalam..bezanya macam dua alam..yang miskin papa kedana ditinggalkan, manakal yg kaya papa gula jadi pujaan…tidakkah begitu?...

No comments:

Post a Comment