Thursday, April 30, 2009

LEPASKAN DIA DARI DERITA

Ya ALLAH.. aku ingin mengadu sesuatu kepadaMU. Tentang apa yang ada dalam hatiku. Kau maha tahu segalanya. Kau tahu apa yang berada dalam pemikiran manusia….

Ya ALLAH.. kau sedang menguji dia. Orang yang ada dalam hatiku. Orang yang sangat taat kepadaMU. Setabahnya dia menghadapi, tidak pula aku. Kadang2 aku lemah menerima khabar berita kesakitan dia. Tapi dalam diam aku menyimpan. Aku adalah semangatnya. Aku tidak mahu dia melihat aku lemah.

Saban hari ada saja dugaan dariMU. Aku sentiasa nasihati agar dia menerima walau seperit mana. Aku sendiri merasai kesakitan dia. Dalam pengaduannya hatiku terdera..hanya dia mengaduh kesakitan yg tidak dapat aku berbuat apa. Sering aku berkata padanya, andai mampu ku tukar tempat, ingin aku mengganti agar aku merasai apa derita yang dia alami. Biarlah dia bebas dari kesakitan itu.

Kadang2 aku sering tertanya2, mengapa yang taat padamu sering diuji sedemikian rupa? Namun aku sedar segala ujianmu mematangkan manusia, melihat tahap dan kekuatnya.
Aku bangga dengan dia…walau dia ada rasa terkandas utk berputus asa, cepat2 aku pimpin agar dia tersedar semula.

Ya ALLAH.. seringkali kau hampir2 meragut nyawanya. Aku takut…takut kehilangan dia. Bagaikan terputus nyawa aku menerima berita. Syukur umurmu masih panjang. Kuatkan dirimu…. Aku akan menemani selagi aku termampu. Setiap solatku sering ku titip kalimah syahdu doa buatmu..

Aku tak rela kau pergi tinggalkan aku. Andai boleh ditukar nyawa, biarlah aku pergi dahulu. Kau teruskan hidupmu. Kau lebih berharga dariku. Jangan lupakan segala nasihatku.

No comments:

Post a Comment