Thursday, April 30, 2009

ELLO BEB...

selamat datang deh buat teman2 baru atau yg lama sekalipun..blog ni baru di adjust..masih sepi kerna minda selaliu busy, dok sempat nak jiwang lagi..progam GEMS busy sokmo..ambo dok sempat pung wat gapo2..tunggu sampai satu mata, ambo cuba memerah segala rasa agar kalian mudah terasa deh..

KELEWATAN MALAM TEMANI AKU

Patutnya aku tengah tidur tapi tiada selera, rasanya macam nak melayang tapi masa pulak belum hampir, tempoh makin suntuk, langkah tak dapat diundur, tiada romantis seperti menuju ke matahari terbenam, cuma kosong dan sayu serta kotak-kotak yang perlu dicari untuk diisi.

Malam tadi, aku berdiri depan speaker, rasa kelakar bila mendengar suara sendiri keluar dari pembesar suara, adakah mereka benar-benar mendengar ataupun aku tidak lebih dari pak lawak yang tegak di atas pentas. Kenapa tidak sahaja aku bersembunyi, berdiri balik tiang. Akan juga aku sembunyikan bayang agar tidak ada yang dapat lihat. Halimunan, langsung tiada siapa yang tahu.

Dalam tempoh yang terlalu singkat, aku terlalu berkejaran. Diselangi dengan waktu mayat yang menutup kerandanya sendiri. Sengaja situasi yang kompleks itu berdiri di sebalik ketenangan yang tidak menggambarkan sebarang rasa. Bila ketawa, aku hilai bersama, bila kecewa, aku mengalir air mata. Diri yang langsung tidak dapat dikenali.Namun katakan ada bintang mencelah, sejahtera ingin aku ucapkan bagi takdir yang tetap menentukan.

Aku tetap insan dahulu, terlalu banyak dosa dan terlalu kecil pahala. Cuma kini aku menunggu di bawah pohon di sebuah taman. Masa depan bukannya pasti, namun masih tetap bermimpi.

DI SEBALIK AWAN & MALAM...

Di balik awan, di balik malam, aku berdoa untukmu, Datang mentari, dan bawaku pergi, namun engkau tetapku nanti,
Ku ambil cawan itu dan ku teguk airnya,
Namun dahaganya tak hilang,
ku palingkan cermin kerna tiada bayang,
Jasad ini bukan lagi insan,
Aku hanya ingin menjemputmu,
Menemani dalam langkahmu,
Di balik awan, di balik malam, aku berdoa untukmu,Datang mentari, dan bawaku pergi, namun engkau tetapku nanti,
Ku baringkan tubuh di pohon yang rendang,Namun teriknya tetap mengigit,Tubuh ini singgah melihat jendela,waktu silam yang tak pernah ada,Aku hanya ingin menjemputmu,Menemani dalam langkahmu,
Di balik awan, di balik malam, aku berdoa untukmu,Datang mentari, dan bawaku pergi, namun engkau tetapku nanti.

MAAFKAN LAH AKU..

Ketika dia begitu menyayangiku...
Ketika itu aku melukainya
Ketika dia begitu menyukaiku...
Ketika itu aku mengecewakannya...
Ketika dia begitu mengharapkanku...
Ketika itu aku menyakitinya...
Ketika dia begitu menyintaiku....
Ketika itu aku meninggalkannya...
Apakah ini suratan??
Adakah aku mengikut kata hatiku??
Mengapa aku berkelakuan begitu terhadapnya??
Maafkan segalanya...

AKU PASTI KAU AKAN TAHU

Jika memang dirimu
Bukanlah menjadi pilihan hatiku
Mungkin sudah takdir
Kau dan aku takkan mesti bersatu
Harus selalu kau tahu
Ku mencintainya di sepanjang waktuku
Harus selalu kau tahu
Semua abadi untuk selamanya
Kerana ku yakin cinta dalam hatiku
Hanya miliknya sampai akhir hidupku
Kerana ku yakin di setiap hembus nafasku
Hanya dirinya yang selalu ku rindu
Harus selalu kau tahu
Ku mencintainya di sepanjang waktuku
Harus selalu kau tahu
Semua abadi untuk selamanya
Kerana ku yakin cinta dalam hatiku
Hanya miliknya sampai akhir hidupku
Kerana ku yakin di setiap hembus nafasku
Hanya dirinya satu yang selalu kurindu.
Jika memang dirimu
Bukanlah menjadi pilihan hatiku
Pasti terselindung hikmah di situ
Ku pasti kau akan tahu...

KITA MENCINTAI, SUKAR MEMILIKI..

Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaanmu...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Menyintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan...
Ungkapan cinta padamu...
Tetapi hati dan perasaannya...
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung...
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia menyintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Menyintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diriku."
Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan.. Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hambaNya...
Dia memiliki hambaNya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan dikembali......

LEPASKAN DIA DARI DERITA

Ya ALLAH.. aku ingin mengadu sesuatu kepadaMU. Tentang apa yang ada dalam hatiku. Kau maha tahu segalanya. Kau tahu apa yang berada dalam pemikiran manusia….

Ya ALLAH.. kau sedang menguji dia. Orang yang ada dalam hatiku. Orang yang sangat taat kepadaMU. Setabahnya dia menghadapi, tidak pula aku. Kadang2 aku lemah menerima khabar berita kesakitan dia. Tapi dalam diam aku menyimpan. Aku adalah semangatnya. Aku tidak mahu dia melihat aku lemah.

Saban hari ada saja dugaan dariMU. Aku sentiasa nasihati agar dia menerima walau seperit mana. Aku sendiri merasai kesakitan dia. Dalam pengaduannya hatiku terdera..hanya dia mengaduh kesakitan yg tidak dapat aku berbuat apa. Sering aku berkata padanya, andai mampu ku tukar tempat, ingin aku mengganti agar aku merasai apa derita yang dia alami. Biarlah dia bebas dari kesakitan itu.

Kadang2 aku sering tertanya2, mengapa yang taat padamu sering diuji sedemikian rupa? Namun aku sedar segala ujianmu mematangkan manusia, melihat tahap dan kekuatnya.
Aku bangga dengan dia…walau dia ada rasa terkandas utk berputus asa, cepat2 aku pimpin agar dia tersedar semula.

Ya ALLAH.. seringkali kau hampir2 meragut nyawanya. Aku takut…takut kehilangan dia. Bagaikan terputus nyawa aku menerima berita. Syukur umurmu masih panjang. Kuatkan dirimu…. Aku akan menemani selagi aku termampu. Setiap solatku sering ku titip kalimah syahdu doa buatmu..

Aku tak rela kau pergi tinggalkan aku. Andai boleh ditukar nyawa, biarlah aku pergi dahulu. Kau teruskan hidupmu. Kau lebih berharga dariku. Jangan lupakan segala nasihatku.

ANDAI KEMATIAN MEMANGGILKU..

Pohon akan melambaikan rimbunan daun pabila ditiup angin. Tiba waktu ia akan dibasahi hujan, disinari cahaya maka segarlah ia.

Adakah aku sesegar pohonan itu? Cukup air dan cahaya akan menetapkan aku untuk hidup lama? Sampai bila sebenarnya aku akan terus bernafas lagi untuk melihat tenggelam timbulnya mentari?

Dunia ini hanya pinjaman, aku menumpang hanya di sudut untuk satu permainan. Adakala aku kalah dan jarang sekali aku menang. Aku lebih banyak kecundang…

Senang bicaranya pabila berkata aku tidak akan hidup lama. Siapa dia nak bercakap tentang ketentuan ajal? Dia hanya manusia biasa yang ada kelulusan tentang perubatan, bukannya Tuhan.. tapi kata2nya sentiasa menghantui fikiran aku. Membuatkan aku hidup hari ini bagaikan mau mati esoknya. Bersediakah aku untuk dikafankan dan paling gerun disemadikan menjadi isi bumi.

Siapa yang mahu mati? Tapi kita tak dapat lari dari segala yang telah ditentukan ilahi. Setiap kehidupan akan ada kematian..tapi aku takut.. takut kerna belum cukup amal yang boleh dibawa untuk dihitungkan disana.. timbul sejuta penyesalan. Mengapa aku tidak bersedia lebih awal dari dulu walau aku tahu azabnya akhirat sana. Kenapa aku lalai dan alpa? Adakah kini aku dah terlambat?

Penyesalan ini begitu bermakna bagi diriku. Walaupun sisanya hanya tinggal sedikit waktu, akan aku titipkan segala inci ruang yang ada tanpa aku sia2kan lagi. Perjalanan hidup ini tidaklah panjang mana sebenarnya. Kita melihat faktor diri yang sihat.. siapa tahu rupanya kita tengah menanggung derita.. bertambah derita andainya sendiri yang tanggung tanpa sesiapa.

Seandainya blog aku ni sunyi dengan cerita2 satu waktu nanti, sedekahkanlah Al-Fatihah.. terima kasih teman sekalian..

PERGI KAU MURUNG....

okk…tok…tokk….satu ketukan kedengaran…sepantasnya aku membuka…

Kau murung??? Apa kau buat kat sini lagi? Aku kan dah perlukan kau lagi! Nyahh kau dari hidup aku!!!!!!

Sekian lama kau menghimpit aku, walau dunia ni luas. Kenapa pada aku kau kembali? Kenapa pada aku jugak yang kau mahu bertenggek?

Aku tahu kau lah teman setiaku pada satu masa dulu. Aku tak pernah alpa membiarkan kau berjauhan dariku. Kau sentiasa ada menemani siang dan malamku. Ingat tak kita pernah berbaring berdua2an di tepian pandai Lido satu masa dulu menyelami perasaan masing2. sehingga ada pakcik tua yang datang menegur ‘ank ni pakcik tengok selalu duduk sorang2 kat sini, anak ada apa2 masalah ker?’

Aku hanya tersenyum sambil memberikan isyarat pada kau murung agak kau mdiamkan diri..ntah apa pulak harus aku jawab pada pakcik tu. Setelah terdiam seketika aku mulakan bicara tapi bukan tentang jawapan kepada soalannya. Tapi aku meminta agar pakcik tu bungkuskan aku sate berbola daging yang dijualnya. Aku pulak bertanya itu dan ini kat pakcik tua tu. Saja aku nak mgelak untuk mjawab tentang diriku.

Pakcik tu pun tentu dah terlalu banyak masalah dia hadapi. Kenapa aku harus bebani dia lagi..cukuplah aku memberikan dia rezeki dengan membeli satenya lagi. Sedap pulak rasanya. Kat Kedah tak jual sate2 gini. Terfikir lak aku bila dah tua2 nanti, mau aku cuba berniaga begini. Walau tak lumayan tapi cukuplah kalau mampu buat aku gembira…mengipas2 sate tanpa perlu memikirkan soal client yg banyak songehnya, fikirkan tentang idea design2 yang giler. kadang2 hampir menggiler aku dibuatnya..

Dan kau ni murung…Kenapa kau datang pada aku lagi murung? Kau masih belum menjawab pertanyaan aku lagi.. hebat sangatkah kau ni sampai mampu buat manusia yang kecewa terjangkit dengan kau. Bomoh mana yang kau pakai? Degawan ke?

Sudah lama kau bersama aku dulu murung. Kau lihat sendiri bagaimana hidup aku bertemankan kau. Aku sentiasa gagal sebab aku tak mahu mejerumuskan diri aku dengan orang lain, hanya mahu dengan kau…hanya kau murung…sampai keluarga pun aku cuba jauhi. Kau banyak mngubah aku murung. Mengubah ke arah neraka jahanam. Sakitnya aku bila bersama kau. Tak ada yang manis kau berikan padaku.

Hidup aku tak ubah seperti pengemis jalanan. Bezanya cuma aku masih cukup makan dan pakai, tapi aku lewakan semua tu. Lebih suka berserabai dan malas menguruskan diri sendiri. Dah macam org mati laki..

Sudah lah murung, kau adalah kehidupan lampau aku. Terlalu susah untuk aku membuang kau dulu. Dan tidak semudah ini aku mahu menerima kau semula. Aku dah temui teman baru walau masih samar sampai bila aku akan bersamanya. Tapi biarlah aku titipkan saat2 kebahagian ni dengan seindahnya tanpa kehadiran kau murung…

Duuummmm….!!!!! aku tutupkan pintu buat murung sekuat hati. Selagi ketat pintu itu untuk dibuka, selagi itulah aku tak mahu menerima kehadiran murung lagi…

Ps: kepada sesiapa yang sedang mengalami hidup dalam kemurungan, hentikan berfikir tentang apa yang mgecewakan. Hentikan sikap untuk tidak menerima gembira hanya kerana kecewa masa lampau. Kisah lama jadikan pengalaman dan pedoman untuk membentuk masa depan. Bentangkan sejadah, tunduklah meminta padaNYA. Jangan pernah alpa akan kewajipan kita kepadaNYA kerana DIA adalah peneman setia kita. Yang mampu menenangkan kita..disaat kita suka dan duka….mari kita berpimpin tangan menuju ke jalan ALLAH..

AKU TERMELATAH LAK..

Aku ada satu cite lucu berkenaan dengan melatah. Salah satu kelemahan yang masih baru menjangkiti aku. Tidak laa selalu tapi kena pada tempatnya tak dapat aku nak bendung lagi. Sekali dicuit, bagai arus elektrik urat saraf menghantar msg ke minda untuk disampaikan pula pada mulut aku ni.Maklumlah tingkah laku spontan. Kalau kentot kadang2 kita boleh kawal lagi demi menjaga malu.sanggup perut kembung dek kerana malu nak melempiaskan angin yang penuh dengan bau2an tu..tapi melatah penyakit yang sukar dikawal..ia mejengah tidak kira pada lelaki atau perempuan..pada yang muda atau yang tua ganyut sekalipn..

Antara perkataan familiar yang biasa aku luahkan ‘oh mak kau’..tak ada laa melampau2 sangat sebab aku masih baru berjinak dengan penyakit ni. Ada satu haiwan kegemaran yang kadang2 tkuar gak..’oh ayam’..hehehee ntah nape ayam menjadi pilihan. Ok la tu kan daripada aku myebut ‘oh ayam goreng kentucy fried chicken’… …huhu

Sebut tentang melatah ayam ni aku baru teringat satu insiden lucu yang berlaku pada aku setahun lepas. Agak lucu bagi aku sebab aku yg melaluinya. Korang yang membaca kalau nak buat2 ketawa pn takper. Satu daripada senaman muka gak tu..

Dimulakan kisah suatu petang di Sitiawan, aku melawat tok yang sedang terlantar sakit kat wad Hospital Manjung, Lumut sebab kurang kandungan gula dalam badan. Punya la nak jaga gula last2 terlantar terketar2 aje. Aku melawat sekejap je. Setelah rasa bosan mendengar bebelan tok, aku mcuit sepupu ajak kuar ronda2 cuci mata kawasan hospital tengok2 apa yang dapat untuk cuci mata..

Sekali aku terpandang sekor kucing yang tengah menonggek baik punya nak keluarkan sisa2 hadaman di tepi jalanan. Sambil jalan2 mata aku tak lari dari fokuskan kat kucing tu. Aku nak tengok teknik2 dia membuang. Bukan untuk aku aplikasikan nanti haha..Cuma sikap aku memang suka memerhati apa saja kejadian…tapi mengintai kucing berak tak tumbuh ketumbit kan? Huhu
Berbalik pada al kisah kucing tadi, sedang elok dia melangsaikan keje tanpa segan silu dia tinggalkan sisanya kat situ. Tanpa rasa bersalahpun. Tapi yang tragisnya dia lari dgn laju meluru kat aku..berdebar aku sekejap..macam harimau yg berlari nak terkam mangsanya..tanpa ucap tumpang lalu dia lari masuk celah kangkang kaki aku dan terus berlari laju berdesup hilang..yang aku hairan dalam luas2 tempat yang ada kenapa dia memilih untuk lalu bawah aku?? Sampai membuatkan aku termelatah ‘oh ayam!’

Insiden ini tak berakhir setakat itu aje..sekali ada makcik yang agak berumur kat depan aku menyambut dengan lantangnya latahan aku..’oh babi lalu..babi lalu..babi lalu..!!!’ makcik tu menjerit seolah2 menberi amaran kebakaran jer… kuat sangat lontaran vocal tanpa sengaja tu sehingga mgawatkan keadaan kat situ.. ayam lalu kat hospital masih boleh di terima pakai, tapi kalau babi yang lalu agak2 la korang pikir sendiri la apa jadi…huhuh

BICARA MENGARUT AKU..

Assalammualaikum wbt teman2 yang sudi mlayari blog yg tak seberapa ni.
Sudah lama aku nak hasilkan blog yang datang dari hati n buah pikiran aku sendiri..
Sekadar berbasi2 dengan bahasa hati n cinta yg puitis..nape?? korang ingat aku jiwang ke per??

Agak2 la beb, indah ciptaan illahi… setiap manusia dibekalkan sekeping hati, sekeras mana sekalipun hati tu, akan ada masanya disentap dek kisah2 duka..korang sure pernah lalui saat2 duka kan..meh terus abiskan pembacaan korang..maaflah kalau bahasa aku memeritkan minda korang tu. Aku bukannya minah pujangga..huhu…aku mnaip mgikut mood yg ada..ahh baca jer jgn banyak songgeh..

Aku mnaip hanya semalaman..tiada spesifik waktu…ada yg dah lama aku coretkan…aku hanya menaip semula untuk tatapan….

PERSEPSI CINTA

"CINTA bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yg cerah sentiasa berteraskan kehidupan yg lalu yg telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan khidupan dgn sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam"

Korang sedar tak CINTA tu sesuatu yg indah untuk diperkatakan…ala cam biasa yang selalu org war-war kan...aku rasa betul laa ..betul ke tak?? (Kasi angguk itu kpala) cuba pk rugilah laa kalau lama hidup kat dunia ni tapi tak pernah mengenal erti cinta dr sang kekasih..korang pernah ke rasa?? Tepuk dada tanya hati k…

Bagi aku, CINTA tu satu perasaan yang datang lembut dari sudut hati yg plg dalam..kadang2 kita tak sedar yg kita tengah dilamun cinta..namun sindrom2 percintaan makin ketara mgetuk pintu hati. Sekelip mata kita merasa rindu pada si dia, ingin tahu segala apa yg dia lakukan, pergerakan or apa2 aje yg berkaitan dia..bila bersama aku dpt merasakan kegembiraan yg lahir ikhlas dr hati..

Pada aku, cinta ni boleh dikatakan dlm kategori bahaya laa jugak sebab cinta bikin kita gumbira..sbb cinta bikin kita menangis..dan sbb cinta bikin kita sakit..sakit yg teramat sangat..walau takder cedera fizikal tapi emosi n mental begitu terdera..aku pernah alami kesakitan tu…sakit giler..org giler tak sakit cam aku..huhu

Bagi aku..Bila aku dah serahkan hati ni pada seseorang, aku benar2 serahkan seluruh jiwaku..sejujurnya kasihku telus..namun sape la aku..aku hanya insan biasa yg tak mampu nak puaskan hati semua org..ada ke diorg pikirkan hati aku lak??? Dah ler mls nak ungkit kisah lama..meh selami hati aku…sediakan panadol kt sebelah korang k..aku takut korang pening2 lalat dgn ayat jiwang aku nt..aku tak jamin nt!!

HIDUP ATAS JAMBATAN NERAKA

Aku adalah insan kerdil di bumiMU..diciptakan sempurna tanpa cacat anggota..namun aku jua dilimpahkan onak dugaan n cabaran yg kadang2 tidak termampu untuk aku harungi….
Aku pernah rebah lalu mcium bumi..mgenang nasib diri yg belum ada haluan n tujuan aku sendiri…..

Sambil berbaring diselimuti angin lalu yg meniup2 myapa telingaku, ada angin yg menghembuskan kata2 myedarkan agar aku kembali bangun gagah berdiri melihat nun jauh di sana masa depan yg sedang mgamit2 aku untuk pergi…

Aku terpana….terkedu dgn kehidupan yg bakal mendatang……
pilu……………………….
hancur luluh hatiku………………………..
bergetar jiwaku………………………….
bergenang air mata di kelopak mataku....................
mengalir tanpa disedari sesiapa di sekelilingku……………….
Hanya hatiku terpendam segalanya………………….

Oh kehidupan….bagai neraka yg mereka ciptakan…segalanya telah diatur..hidup ku seolah2 tiada getah pemadam untuk menbetulkan segala aturan yg telah dicoretkan….tidak dapat diubah walau dgn stitik kata…..

Aku harus bjalan meniti jambatan yg telah dibinakan untuk aku walau hatiku amat berat untuk mlangkah…………

Tiada persimpangan jalan mereka sediakan untk aku memilih...............
Ya TUHAN demi dia, aku sanggup terjun tanpa bergayut pada jambatan neraka itu..tapi mereka memasang jaring untuk mjeratku agar aku tidak terjun..tidak pula boleh terbang bebas seperti burung…..

Aku harus myusuri jambatan neraka yg berduri…
walau lukanya tidak dapat diubati……………
sesungguhnya aku rela mati hati……………

AKU DI PERSIMPANGAN.......

Agak sukar rasanya berada di persimpangan…aku tak dapat mberi nasihat kepada sesiapa pn..tidak kepada kawan2ku, tidak juga pada keluarga ku…

Mmg banyak org mlalui relung khidupan ini, namun aku hanya dpt mlihat saja…….mereka mbuat keputusan bgitu atas apa mereka fikirkan n siapa pula aku untuk memandai mberitahu…pada hal aku sendiri tersangkut dlm pertembungan jalan ini…

Lewat kini, aku hanya mdiamkan diri….pemikiran aku sarat dgn falsafah yg bila2 blh dicampakkan ke tong sampah..

Aku tak mahu terbabit dlm realiti..ia myakitkan lg mbosankan…
biar aku tenggelam dlm pemikiran……..
sama ada ia akan terjadi atau tidak….

NODA HITAM KELAM MALAM..

Sebening lg subuh akan mjelma esok..aku masih belum dapat mlelapkan mata…memandang syiling dlm kegelapan pekat mlm..apa yg aku nampak hanya khitaman..sama seperti aku pjmkan mata…gelap gelita..adakah seperti noda hitam yg ada dlm hatiku ini..hanya jasad bernyawa tapi hati bakal mati..tiada siapa tahu apa akan terjadi nanti..aku sendiri tak mgerti tapi aku harus terus menanti dan takkan berhenti…

AKU BERANGAN DALAM DIAM

Aku mahu berlari di bawah pelangi..kemudiannya aku akan melompat2 di atas awan…..pada sang matahari, aku mcubit pipinya…..bagi sang bulan ,aku akan mcium dahinya…

Aku sedar badai seringkali mbawaku terbang berputar2…namun ku mohon, biarkan aku alami semua keindahan yg sdg wujud kini…dgn deru ombak mbisik pd telinga, aku rela tubuhku terbenam dlm pasiran pantai…gantungkan saja aku dirimbunan pokok, asalkan kicau burung dpat menemaniku…

Tgn aku sudah terlalu lama ingn mgengam n memeluknya erat…ribut salji mugkin telah mbekukan jasad ini, namun harumnya msh dapat kucium dlm setiap kirimannnya yg berbntuk bungkusan..

AKU BERTEMANKAN SEDIH...

Ada ke jiwang gembira?

Aku berteman bersama sedih….aku melabuhkan punggungku disebelah sedih sambil myalakan rokok dibibirnya…hari2 aku bersama sedih..menemani siang n malamnya..mendengar segala rintihan jiwanya…

Aku juga berteman bersama gembira..tapi aku jarang mluangkn waktu dgn gembira…gembira hanya datang jarang skali…sbb tu aku slalu setia bersama sedih..sedih sudah sebati denganku..sedih lbh memerlukan aku..jadi aku menolak gembira sementara waktu untuk terus bersama2 sedih….

AKU MESIN BASUH...........................

Apa yang trsembunyi di sebalik riak wajah itu? Adakah aku terlalu ringkas untuk mmahami kata-katanya dahulu?..... Aku memang mlihatnya, aku mdengarnya juga…bila difikirkn semua ini, mungkin aku sepatutnya dilahirkan sebagai mesin basuh…supaya dia dapat berada di dalam diriku berputar2 hingga dia tenang….

Aku tidak mahu dia trcedera sekiranya mlanggar sesuatu di luar…biar saja dia berputar di dalam mesin basuh ini…..Oh ya…aku letak sabun banyak2..bagi berbuih2..

Aku tidak kisah sama ada dia mahu menangis, ketawa, menjerit…aku akan mmeluknya erat. Bila dia sudah penat brputar n tenang..penutup itu dibuka n dia bebas ke mana2 gembira…aku hanya seorg insan yg suka mmikirkan sesuatu…aku masih tidak tahu soalannya…namun aku akan mjawabnya walaupn salah…..

CEK MARAH TOI...

korang masih ingat tak waktu isi minyak cuma Rm5 jerr... tak perlu isi banyak2, dah cukup bjalan bersiar merata2, namun, dengan harga minyak naik lagi ini, aku jadi tekanan, aku marah kerana masalah yang timbul tidak membawa penyelesaian.

Kesannya bukan sehari dua, ia berlanjutan terus, harga yang naik takkan turun, bodoh betul siapa yang tadbir negara sekarang ni, diaorang tak boleh fikir ker, tekanan yang menghimpit ini semua rasa, ingat pengemis kat tepi jalan tak terlepas ker, diaorang pun rasa gak.

Aku rasa kecil hati sangat melihat stesen minyak kwsan rumah aku ni sesak. Orang ramai semua panik. Mereka beratur ni, entah2, lepas dua jam baru dapat isi minyak. Ikut hati aku nak memekik marah. Aturan tidak patut kelam-kabut seperti ini. Masyarakat tidak wajar menjadi mangsa keadaan. Mereka yang di atas patut tahu keadaan kita di bawah ini.

Dalam keadaan gampang macam ini, aku tak sanggup lagi individualistik. Apa ingat semua kita ini bisu dan buta. kalau mereka di atas itu tak boleh berfikir, carilah orang yang boleh berfikir. Selesaikan masalah ini atau kamu diselesaikan.

KEANEHAN MALAM..

Anehnya malam, kau memang tidak pernah berlengah untuk aku. Kau sentiasa laju meninggalkan diri ini terpinga-pinga. Kau menarik ke langit tinggi namun sengaja membiarkan siang tiba-tiba jatuh terhempas. Kau tahu ruang ini sempit bukan, tapi kau tidak pernah mahu membukanya. Kebisuan kau yang sering menjadi tanda tanya, akhirnya membuat aku jemu. Pernahkah kau melihat aku lena tanpa memikirkannya. Dengan silap mata, kau mungkin cuba mententeramkan semua. Kau berikan janji yang akhirnya menyaksikan aku pula mungkiri. Aku tahu kau tersenyum kecil melihat betapa bodohnya manusia ini. Sisa yang tidak pernah terkutip, yang tidak pernah terbuang. Kerana itu, aku rayu padamu malam, buaikan aku lembut. Selimuti aku dengan kasih agar aku tidak rasa hancur lagi.

PAPA GULA vs PAPA KEDANA

Malam ini aku hanya berbaring berbantalkan lengan. Aku selesa begini. Bukannya tak ada bantal tapi aku tak nak kesempurnaan tu…biar ala kadar, macam hidup aku. Tapi tidaklah sampai tahap kais pagi makan petang, kais petang tak makan2..

Aku cukup dari segi wang ringgit, makan dan pakai. Tapi cukupkah untuk membeli cinta? Berapa pula harganya? Disahkan SIRIM ke tak? Huhu…

Cinta!! Tak dapat dibeli dengan wang dan harta. Benarkah begitu wahai manusia? Kalau di tanya pada aweks zaman sekarang, mau tak kawin dgn si tukang kasut? Mau digeleng2 kepalanya 360 darjah tanda dia ngak mahu sehh…lain la kalau di tanya kawin lawyer ke magistrate ke…huh kalah burung belatok dia hangguk kan kpala..hahaha

Jangan la marah wahai teman semua, Aku bercakap tentang kebenaran pancaroba dunia kita…dunia hari ini berbanding semalam..bezanya macam dua alam..yang miskin papa kedana ditinggalkan, manakal yg kaya papa gula jadi pujaan…tidakkah begitu?...

PERMINTAAN DUNIA...

Kau jangan nak buat hal!!

Jangan malukan maruah mak bapak!!

Kau jangan nak conteng arang kat muka kami!!

Apa kami atur kau kena ikut!!

Jangan nak buat perangai!!

Pernah tak korang dengar dialog ni? Setakat dengar apa la sangat kan. Tapi macam mana sekiranya situasi ini terjadi pada diri korang? Pernah tak bayangkan?

Hidup yang telah ditentukan, macam golongan kerabat diraja dan syed lak kena ikut pertalian. Tak ada kebebasan hanya kerana kesalahan pertama aku lakukan..kalah dalam percintaan!!.

Aku nak memberontak tapi siapa yg nak dengar?! Dalam hati terpendam segala derita. Merintih untuk difahami tapi siapa aje yang nak mdengarinya. Setakat dengar tidak pula mahu memahami…

Faham pun sudah cukup bagi aku untuk melalui. Kurang sikit galas an beban yang aku bawa. Dulu, mau aje aku rebah mcium bumi kerna berat galasan yang menghempap. Namun kasih yg mendatang memberi aku sedikit sinar walau cahayanya tidak akan lama. Aku pasrah dengan ketentuanNYA.

WE ARE LIKE MIAUUUU..MIAUUU

Miauuuwww…..miauuuwwww………miauuuuuuwwwwww..

Sekadar meniru percakapan kucing. Senang aje bahasanya ‘miauuw’. Sepatah aje bunyinya. Lapar dan kenyang bunyinya tetap sama. Kecuali bergaduh dan marah, lain macam teranan vokalnya. Kadang2 dengar macam suara org meracau jer..masa teran untuk uhhh2 (berak) aku rasa dia diam je, maklum la tengah sedap nikmati pelaburan hartanah…huhu

Kita sama macam kucing ni. Masa manis bercinta kita kerap tutur ayat yang sama dan berulang kali tanpa jemu. I love u…I love u…I love u..nenek gigi yang dah rapuh pun mampu untuk myebutnya…

Cuba kalau masa bergaduh dan marah…kalau kita tengok filem melayu, periuk belanga terbang. Tapi panggung wayang sekarang penuh dengan serangan mecigun mulut jer. Habis segala keburukan di caci maci kan. Dah tak ada bersayang2 asalkan puas kemarahan di hemburkan..

Masa bermesra B, Ayg..masa bergaduh semua melayang. I, U, aku, hang semua terpampang..kadang2 ada yang kena lempang..huhu

AKU TERLUPA LAGI.............

Aku rasa kosong malam ni. Mana pergi layanannya pada aku? Membiarkan aku terbaring sepi macam ni. Selalunya aku dibelai sebelum mlelapkan mata, sebelum aku bertemu dengan mimpi yang indah2. tapi aneh malam ni aku rasakan. Tak ada ucapan selamat malam sayang, tak ada kucupan di dahi, mata, pipi dan bibir yang selalu aku hauskan, tak ada sentuhan aku rasai lagi…

Terasa payah nak pejamkan mata tanpa semua ni setelah acapkali mejadi rutin lelapkan..aku dah selalu dimanjakan begitu nak buat macam mana..
Aku tersentak dalam sedar…

Ya ALLAH…aku terlupa lagi.. belaian, ciuman, ucapan darinya tak mungkin aku rasai lagi. Dia telah lama pergi. Meninggalkan aku dalam sepi. Sepi yang terlalu mecengkam hati.Hanya aku cuba bermimpi untuk merasai semua tu lagi.

Jika kau kasihani aku, penuhi mimpi aku dengan cerita2 indah. Biarlah aku sekadar dibelai tanpa sedar. Hanya itu takdir buatku. Mecintai tanpa memiliki…